Percaya
atau tidak, tiada negara yang terselamat daripada gejala masalah
pelacuran di negara mereka. Di India sahaja, sebuah kawasan pelacuran
yang dikenali sebagai Sonagachi dikatakan sebagai kawasan lampu merah
yang terbesar di Asia mengalahkan kawasan-kawasan lampu merah yang
terdapat di sekitar Bangkok di Thailand atau di Jakarta di Indonesia.
Terletak
di bandar Kalkota, dilaporkan terdapat kira-kira 14,000 orang pelacur
yang tinggal di dalam ratusan rumah-rumah pelacuran yang terletak di
kawasan lampu merah ini ini.
Kebanyakkan
wanita yang menjadi pelacur di kawasan ini bukannya bekerja di atas
dasar rela tetapi sebenarnya menjadi mangsa kepada sindiket pelacuran
yang menjerat mereka untuk menggadaikan tubuh dan harga diri hanya untuk
sesuap nasi.
Namun
ada segilintir yang memilih untuk menjadikan pelacuran ini sebagai
sebuah profession tetap kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan
berbanding dengan pekerjaan yang pernah mereka cuba sebelum ini.