KUALA
LUMPUR: Pelakon, Amar Asyraf, 30, mengakui kecacatan yang dialami
akibat disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk
ditanggung. Umpama peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul. Begitupun, peminatnya usah perlu risau kerana kecacatan
pada bahagian kiri wajah Amar atau nama penuhnya Amar Asyraf Zailudin
bukanlah
bersifat kekal.
bersifat kekal.
Sebaliknya
ia hanya kekurangan yang terpaksa ditanggung oleh karakter
bernama Indra lakonannya dalam drama Mungkin, iaitu naskhah
diangkat daripada novel karya CT Jasmina.
“Saya melakonkan watak Indra iaitu kembar kepada Intan. Parut pada wajah itu ialah kesan daripada insiden disimbah air panas ketika berada di bangku sekolah. Indra terpaksa menanggung malu, hidup dengan kecacatan itu seumur hayatnya. ”

Bukan
mudah untuk menjayakan watak ini kerana kesan parut yang
diletakkan pada muka membuatkan saya kurang selesa. Biarpun
tidak memakan masa yang lama untuk membuat kesan khas itu, namun ia
perlu ditambah sekiranya ada bahagian yang terkoyak. ” Malah, saya juga
perlu membiasakan diri dengan adanya kesan khas itu pada wajah kerana ia
turut mempengaruhi banyak perkara seperti cara percakapan dan makan.
“Saya
perlu berlatih bagi memastikan saya tidak kekok ketika berlakon dengan
adanya parut pada muka itu,” katanya kepada BH Online. Pelakon yang
dikenali menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu
berkongsi, telefilem itu bakal ditayangkan menerusi saluran
Radio
Televisyen Malaysia (RTM) pada penghujung tahun ini. Dalam perkembangan terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan diri daripada dunia teater.
Televisyen Malaysia (RTM) pada penghujung tahun ini. Dalam perkembangan terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan diri daripada dunia teater.
Beliau
yang sebelum ini lebih selesa bergerak di belakang tabir dengan berada
di bangku pengarah, namun Amar nyata tertarik dengan tawaran yang
diberikan kepadanya. “Kekok juga rasanya kembali berlakon di pentas
teater kerana sudah lama tidak berbuat demikian. Seperti semua
sedia maklum, berlakon di hadapan kamera dan teater adalah dua
perkara yang berbeza, namun saya pasti akan mencuba yang terbaik,” kata
Amar.